Redmi kini hadir dengan penawaran baharu dengan memperkenalkan Redmi Note 10T untuk pasaran Jepun. Ia mungkin berkongsi nama yang sama seperti model di India sebelum ini. Namun begitu, kedua-duanya menawarkan perkakasan dalaman dan rekaan yang berbeza.
Redmi Note 10T merupakan sebuah peranti 5G menerusi janaan cip Snapdragon 480. Ia kemudiannya dipadankan dengan memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB. Selain itu, peranti turut menggunakan kamera utama dengan tetapan 50MP + 2MP dan kamera hadapan pula sebesar 8MP.
Seterusnya, skrin pula sebesar 6.5-inci LCD FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Tidak ketinggalan, peranti turut disertakan dengan bicu audio 3.5mm, pembesar suara stereo, bateri 5000mAh dengan pengecasan 18W, menjalankan MIUI 13 berasaskan Android 11 dan banyak lagi. Redmi 10T 5G dijual pada 34,800円 (4GB/64GB) (~RM1,166).
- Sumber : Xiaomi Jepun, Gizmochina