Cari @ Amanz

Kereta konsep Mercedes EQXX diperlihatkan pada Januari lalu untuk menunjukkan hala tuju syarikat dalam penghasilan kereta elektrik dalam masa terdekat. Walaupun sekadar konsep, EQXX sebenarnya berfungsi dan dalam ujian yang telah dilakukan di dunia sebenar, ia berjaya bergerak sejauh 1,008 km dengan sekali caj.

Perjalanan dilakukan dari pusat kajian dan pembangunan Mercedes di SindelfingenJerman ke Casis yang terletak di Selatan Perancis. Perjalanan mengambil masa sekitar 12 jam dengan kelajuan purata 87.4 km/j. Tetapi semasa menggunakan Autobahn ia bergerak pada kelajuan 140 km/j.

Rekaan tubuh EQXX yang mempunyai rintangan udara yang rendah, sistem menjana semula tenaga pada brek dan 177 keping panel solar pada bumbung membantu kenderaan ini mencatatkan jarak perjalanan yang jauh ini. Di akhir perjalanan ia masih lagi mempunyai bagi 14% caj yang menurut Mercedes cukup untuk sekitar 140 km lagi.

Ujian ketahanan ini dilakukan dengan pemantauan TUV Rheinland dengan port pengecas ditutup bagi memastikan perjalanan benar-benar berlaku tanpa sebarang pengecasan. Dengan teknologi yang digunakan pada EQXX nyata boleh digunapakai di dunia sebenar, ia kemudiannya akan diperkenalkan pada kenderaan elektrik Mercedes di masa hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd