Poco F4 GT Akan Dilancarkan Pada 26 April – Pembunuh Peranti Mercu 2022?

Diterbitkan pada Apr 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Poco adalah sub-jenama Xiaomi yang kini bergerak dengan sendiri. Mereka mula membina nama melalui Pocophone F1 dan secara perlahan menawarkan lebih banyak peranti mercu mampu milik dan pelbagai pilihan peranti daripada pelbagai kategori yang mempunyai banyak ciri hebat pada harga yang menarik perhatian.

Selepas sekian lama mereka tiada peranti mercu sebenar dengan cip Snapdragon paling berkuasa (kali terakhir Poco F3 dengan Snapdragon 870), kini mereka akan kembali dengan Poco F4 GT yang dikatakan akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 1.

Besar kemungkinan, peranti ini adalah peranti Redmi K50 yang dijenamakan semula untuk pasaran global. Jika benar, ia akan menggunakan skrin 6.67-inci FHD+ OLED 120Hz, mempunyai dua sistem penyejukan dwi-kebuk wap, bateri 4700mAh dengan sokongan pengecasan pantas 120W dan juga konfigurasi kamera 64+8+2 Megapixel.

Dengan penggunaan nama GT, peranti ini jelas sekali akan memfokuskan kepada permua. Jadi peranti ini mungkin akan membawakan butang bahu fizikal di sisi seakan Black Shark dan Redmi K50 Gaming. Butiran lanjut mengenai harga jualan dan lain-lain masih belum diketahui lagi, sama-sama kita nantikan.

komen


© Amanz / 2022 Kami