Hari ini, kerajaan telah pun mula membuka pendaftaran untuk PerantiSiswa, yang mana membolehkan para pelajar daripada keluarga B40 berpendapatan bawah RM4850 layak memohon untuk mendapatkan pinjaman sebuah tablet untuk digunakan dalam pembelajaran.
Pendaftaran untuk tablet PerantiSiswa ini turut hadir dengan beberapa syarat, dan salah satunya adalah mahasiswa yang berada pada tahun akhir pembelajaran pada 2022 tidak layak memohon.
Ini mungkin kerana kebarangkalian pelajar tahun akhir yang mungkin telah mempunyai peranti, ataupun mungkin juga kerana tempoh meminjam yang tidak relevan memandangkan tablet akan diedarkan bermula sekitar Jun 2022 kelak.
Kerajaan dijangka menawarkan tablet PerantiSiswa untuk seramai 350,000 mahasiswa pada tahun ini.