Cari @ Amanz

Oppo A57 5G Dilancarkan Dengan Dimensity 810, Bateri 5000mAh

Link Copied!

Oppo kini hadir dengan model kemas-kini untuk Oppo A56. Melaluinya, Oppo A57 telah diperkenalkan dan ia lengkap dengan rangkaian 5G terbina menerusi cip MediaTek Dimensity 810. Di samping itu, ia turut didatangkan dengan kapasiti bateri sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan 10W.

Untuk spesifikasi penuh, Oppo A57 dilengkapi skrin sebesar 6.56-inci LCD dengan kadar segar semula 90Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Kamera utama utama terdiri dengan sensor 13MP + 2MP dan kamera hadapan pula adalah 8MP.

Lain-lain spesifikasi yang menyokong termasuklah port sambungan USB-C, bicu audio 3.5mm, pembesar suara stereo dan banyak lagi. Harga jualan untuk Oppo A57 5G adalah RMB1500 (~RM996).

Sumber : Oppo China

Komen ()