Cari @ Amanz

Bagi anda yang merancang untuk berkunjung ke Selangor, kini perjalanan menjadi lebih mudah dengan adanya aplikasi Go Selangor. Ia dibangunkan dengan kerjasama syarikat pemula tempatan Tourplus Technology sebagai panduan bagi mendapatkan akses mudah berkaitan produk pelancongan di negeri berkenaan.

Antara kemudahan yang disediakan di dalam aplikasi dilihat pelbagai. Ia termasuklah tempahan untuk hotel, penghantaran ke lapangan terbang, percutian peribadi dan aktiviti keluarga. Di samping itu, anda juga boleh menikmati tawaran eksklusif menarik merangkumi penginapan hotel, tempahan tiket, makanan dan sebagainya. Turut kelihatan, terdapatnya ruangan ulasan yang membolehkan anda membaca dan berkongsi pendapat mengenai lokasi yang telah dilawati.

Setakat artikel ditulis, aplikasi Go Selangor hanya tersedia buat pengguna Android dan boleh dimuat-turun menerusi Google Play Store. Sementara itu, iOS pula akan tersedia bermula bulan hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd