Teka-teki mengenai tarikh pelancaran Oppo A96 untuk pasaran Malaysia kini terjawab apabila Oppo mendedahkannya secara terbuka. Ia bakal diumumkan pada 18 April 2022 menerusi sebuah acara yang diadakan secara atas talian.

Seperti yang diperkatakan sebelum ini, sesi pratempahan peranti adalah bermula 18 – 22 April 2022. Setiap pembelian akan didatangkan dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,055. Bagi yang berminat, anda sudah boleh membuat bayaran pendahuluan dengan deposit sebanyak RM100 bermula sekarang hingga 17 April 2022.

Menyentuh serba sedikit mengenai peranti, ia hadir dengan cip Snapdragon 680, kemudian diikuti dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Ia juga lengkap dengan skrin 90Hz dan bateri sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W. Untuk lebih lanjut, sama-sama nantikan pelancaran rasmi kelak.