Bukan dua, tetapi sehingga tiga peranti pintar baharu OnePlus yang bakal diumumkan pada bulan ini. Terbaharu, barisan peranti di bawah siri OnePlus Nord bakal dikemaskini dengan penawaran baharu. Melaluinya, OnePlus Nord CE 2 Lite 5G bakal diumumkan seiring dengan OnePlus 10R pada 28 April 2022.

Tidak banyak butiran yang dikongsi mengenai peranti. Namun, ia telah disahkan menyokong bateri sebesar 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W. Melaluinya, ia dikhabarkan mampu mengecas bateri ke tahap 50% dalam masa sekitar 30minit. Kemudian, sistem sekuriti pengimbas cap fizikal juga dilihat bakal tersedia pada bahagian sisi peranti.

Spekulasi awal mendakwa OnePlus Nord CE2 Lite mungkin menggunakan cip Snapdragon 695, kamera utama 64MP dan skrin sebesar 6.59-inci dengan resolusi FHD+. Spesifikasi lengkap akan diketahui dalam masa beberapa minggu sahaja lagi.