Cari @ Amanz

Infinix Hot 11 2022 Kini Rasmi – Dijana Unisoc T610, Bateri 5000mAh

Link Copied!

Infinix terus mengukuhkan kedudukannya dalam segmen peranti pintar dengan memperkenalkan model baharu lagi. Melaluinya, Infinix Hot 11 2022 telah diperkenalkan secara rasmi dengan janaan cip Unisoc T610.

Ia juga dibekalkan dengan skrin sebesar 6.7-inci IPS LCD FHD+ bersama nisbah skrin-ke-badan mencapai 89.53%. Seterusnya, memori 4GB RAM, storan dalaman 64GB dan bateri sebesar 5000mAh turut disertakan. Kamera utama terdiri dengan 13MP, sementara itu kamera swafoto pula sebesar 8MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah menjalankan XOS 7.6 berasaskan Android 11, port sambungan USB-C, pengimbas cap jari sisi dan sebagainya.

Di India, Infinix Hot 11 2022 dijual pada harga serendah ₹8,999 (~RM499) dengan beberapa pilihan warna seperti Polar Black, Aurora Green dan Sunset Gold. Tiada maklumat mengenai ketersediaannya untuk pasaran luar yang diketahui setakat ini.


Komen ()