Malaysia Bakal Lancar Satelit Penderiaan Jauh Angkasa Dalam Tempoh Dua Tahun Lagi

Diterbitkan pada Apr 16, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kerajaan kini menyasarkan pelancaran satelit sendiri memfokuskan kepada penderiaan jauh angkasa (remote sensing), dalam tempoh sekitar dua tahun lagi.

Langkah ini selari dengan dua satelit sedia ada yang telah mencapai tarikh luput, dan tidak boleh digunakan. Buat masa ini, kerajaan bergantung kepada satelit luar untuk mendapatkan data.

Dengan satelit ini, ia boleh mendapatkan data berkaitan permukaan bumi, suatu objek, daerah, atau fenomena. Menurut MOSTI, terdapat dua jenis teknologi penderiaan jauh, iaitu:

  1. Penderiaan pasif menggunakan sumber tenaga semula jadi iaitu matahari. Sensor satelit mengesan dan mengukur pantulan cahaya matahari atau gelombang elektromagnetik daripada objek sasaran. Satelit dengan sistem penderiaan pasif hanya dapat mencerap maklumat muka bumi pada waktu siang sahaja.
  2. Penderiaan aktif pula memiliki sumber tenaga sendiri dan sensor akan memancarkan gelombang elektromagnetik ke objek sasaran. Gelombang yang dipantulkan selepas interaksi dengan objek sasaran kemudiannya dikesan dan diukur oleh sensor. Oleh itu, satelit dengan sistem penderiaan aktif dapat mencerap maklumat muka bumi tanpa mengira waktu siang, malam atau sesuatu musim.

Dengan adanya satelit sendiri kelak, ia juga akan dapat digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuk untuk ramalan bencana seperti tanah runtuh yang kerap berlaku akhir-akhir ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami