Jabatan Pendidikan Negeri Perlis kini mengumumkan mereka akan melaksanakan sistem pembayaran secara nirtunai di sekolah-sekolah di negeri tersebut bermula akhir tahun ini.
Dengan langkah ini, para pelajar tidak perlu membawa wang tunai, sebaliknya akan menggunakan sebuah kad khas untuk pembayaran nirtunai.
Kad berkenaan kelak akan digunakan untuk membeli di kantin, koperasi, pejabat – dan turut digunakan untuk pinjaman buku.
Pada masa yang sama, untuk pelajar dari keluarga B40, kad tersebut juga akan dikreditkan dengan bantuan untuk memudahkan urusan jual-beli serta pengurusan kewangan.