Populariti kedai atas talian di Malaysia tidaklah lama seperti yang disangkakan. Bermula dengan laman-laman pembelian yang popular, kemudiannya jenama lain turut menyertai dan membuka laman jualan mereka yang tersendiri.

Pada tahun ini, kedai atas talian HUAWEI Online Store menyambut ulangtahun ke-8 mereka pada 29 April 2022 dan menuju ke tarikh tersebut, mereka mengadakan pelbagai aktiviti serta promosi dan diskaun untuk barangan terpilih.

Bermula 19 April sehingga 28 April ini, HUAWEI menawarkan cabutan bertuah setiap hari, dimana pemenang yang bertuah akan memenangi hadiah yang bernilai sehingga RM 38,888. Untuk menyertainya, anda haruslah mempunyai akaun rasmi HUAWEI dan khas pada 29 April 2022, cabutan bagi mencari pemenang utama akan dilakukan.

Bagi anda yang lebih berminat untuk mendapatkan diskaun, pelbagai peranti HUAWEI dijual pada harga diskaun khususnya pada 29 April 2022. Ini Termasuklah HUAWEI MateBook yang ditawarkan dengan diskaun RM 700 menjadikannya RM 1,999 , dan juga jam tangan HUAWEI Watch GT2 46mm yang dijual pada harga RM 448. Berikut merupakan senarai penuh produk yang menerima diskaun tinggi.


Bagi anda yang benar-benar inginkan penjimatan, anda haruslah bersedia untuk Jualan Kilat HUAWEI setiap hari, pada pukul 12 tengah malam dan juga pada 10 pagi. Dengan harga serendah RM 8.80 untuk pembelian terpilih, anda janganlah terlepas peluang yang sangat menguntungkan ini.

Dan dalam tempoh ini juga, jualan besar-besaran akan dilakukan yang turut menawarkan pembelian barangan kedua pada harga RM 1 sahaja. Antara peranti yang boleh dibeli pada harga RM 1 termasuklah Band 4e Active, FreeBuds 4, Scale 3 dan juga penghala WiFi WS 5200. Untuk kesemua peranti ini, ia terhad kepada 2 unit setiap pengguna.
Akhir sekali untuk tempoh ini, anda yang membeli di laman rasmi HUAWEI turut menikmati 0% faedah bayaran ansuran sekaligus membolehkan anda membeli pelbagai peranti yang menarik, termasuklah promosi belian tambahan RM 1 sewaktu promosi ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai kesemua promosi peranti sempena ulangtahun ke-8 HUAWEI Online Store, layari laman rasmi mereka serta, tandakan kalendar anda untuk tarikh serta masa tertentu.