Yes Hadir Dengan Ambulans Pintar 5G Pertama Di Malaysia

Diterbitkan pada Apr 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Yes kini merupakan penyedia tunggal untuk rangkaian 5G di Malaysia, dimana para pelanggan Yes boleh menikmati rangkaian 5G di Kuala Lumpur, Cyberjaya dan juga Putrajaya.

Selari dengannya juga, kini Yes turut bekerjasama dengan First Ambulance Services, dan memperkenalkan ambulans pintar 5G pertama di Malaysia.

Melaluinya, ia akan membolehkan bantuan kecemasan ditawarkan, termasuk menggunakan perkhidmatan telekesihatan berasaskan XR (Extended Reality) dalam membolehkan doktor memberikan bantuan kepada pihak di ambulans secara maya. Ia juga turut hadir dengan sokongan penstriman langsung ultrabunyi, disamping ciri telemetri EKG.

Pada masa yang sama, dengan sambungan pantas, ia membolehkan sejumlah data pesakit dihantar kepada doktor kecemasan – sekaligus membolehkan hospital lebih bersedia dalam menerima pesakit.

Langkah pengenalan ambulans pintar ini juga selari dengan apsirasi kementerian kesihatan dalam meningkatkan kadar efisien dan kualiti perkhidmatan kesihatan di Malaysia.

komen


© Amanz / 2022 Kami