Meta Sedang Membangunkan Horizon Worlds Versi Web

Diterbitkan pada Apr 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Horizon Worlds merupakan salah satu dunia metamesta yang dibangunkan oleh Meta atau Facebook, dan ditawarkan dibeberapa buah negara buat masa ini. Pengguna perlu mempunyai set Quest VR dalam boleh mengakses dan mengalami dunia berkenaan.

Namun, bergerak kehadapan, Meta dilihat ingin memperluaskan penggunaannya – dan turut membawa Horizon Worlds ke arena web.

Dengan langkah ini, sesiapa sahaja boleh mengaksesnya dengan menggunakan pelayar web – tanpa memerlukan sebarang set VR.

Selain versi web, Horizon Worlds juga dijangka akan ditawarkan untuk peranti mudah-alih pada tahun ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami