Carian
Fenomena Angkasa Hujan Meteor Lyrids Boleh Dilihat Bermula Hari Ini
April 17, 2022 Aman

Agensi Angkasa Malaysia kini menyatakan orang ramai dijangka boleh melihat fenomena angkasa dikenali Hujan Meteor Lyrids bermula daripada 18 April hingga 25 April 2022 ini.

Hujan Meteor Lyrids ini merujuk kepada titik kemunculan hujan meteor di langit, dikawasan buruj Lyra. Fenomena ini berlaku setiap tahun apabila Bumi beredar mengelilingi matahari, merentasi laluan orbit Komet C/1861 G1 atau lebih dikenali sebagai Komet Thatcher.

Komet ini dianggar mengambil masa selama 415 tahun untuk melengkapkan orbitnya. Ketika proses komet ini mengorbit, debu-debu kommet berkenaan akan terbebas, dan sisa tinggalannya akan memasuki atmosfera Bumi dan terbakar – membentuk jalur bersinar yang panjang.

Agensi Angkasa Malaysia mengatakan kemuncak Hujan Meteor Lyrids ini dapat dilihata pada awal pagi 23 April 2022 kelak, denga purata 18 meteor per jam. Walaubagaimanapun, penglihatan hujan meteor pada kali ini dijangka kurang baik kerana gangguan bulan fasa suku akhir semasa kemuncak Hujan Meteor Lyrids ini berlaku.

Komen