Kita sedia melihat beberapa pengeluar telefon tidak lagi menyertakan pengecas bersama penjualan. Kini, mengikut trend sama, Tesla turut telah berhenti menyertakan pengecas mudah-alih mereka, atau dinamakan “Mobile Connector” bersama-sama pembelian kereta baharu.
Sebaliknya, sekiranya inginkan pengecas mudah-alih berkenaan, pengguna perlu membelinya secara berasingan, pada harga sekitar RM850.
Berkongsi mengenainya, Elon Musk mengatakan statistik penggunaan pengecas mudah-alih berkenaan adalah sangat rendah, dan ia menjadi pembaziran.
Sebelum ini, pengecas mudah-alih ini ditawarkan bagi membolehkan pengguna memasangnya pada sebarang plug, daan mendapatkan tenaga elektrik tambahan untuk digunakan – sehingga sekitar 4 kilometer dengan pengecasan selama sejam.
Tesla mengalakkan pengguna menggunakan Wall Connector di rumah untuk memudahkan urusan pengecasan.