Cari @ Amanz

Selepas Vivo X Fold dan X Note dilancarkan minggu lalu, Vivo akan melancarkan pula siri X80 yang sejak dari dahulu mengutamakan kemampuan kamera. Poster yang mendedahkan rekaan belakang peranti telah tertiris dan menunjukkan bonggol kamera yang besar.

Tubuh kamera yang berkotak adalah mirip dengan X Note. Bonggol kamera adalah jauh lebih besar berbanding pada X Note dengan lesan zum periskop diletakkan di luar bonggol berbentuk bulat. Siste kamera hadir dengan lensa Zeiss dan disahkan menggunakan juga cip ISP Vivo V1.

Tiga versi peranti dipercayai akan dilancarkan iaitu X80, X80 Pro dan X80 Pro+ dengan pilihan pemproses Dimensity 8100, 9000 dan Snapdragon 8 Gen 1. Dengan poster telah tertiris, tarikh pelancaran rasmi peranti pastinya akan hadir dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd