Carian
OnePlus 10R 5G Bakal Menggunakan Cip MediaTek Dimensity 8100 Max
April 18, 2022 Amy Maizuraa

OnePlus 10R 5G bakal diperkenalkan secara rasmi di India pada 28 April 2022. Ia juga mungkin dikenali sebagai OnePlus Ace untuk pasaran China. Sudah menjadi kebiasaan atau trend pengeluar akan berkongsi satu persatu spesifikasi pada peranti sebelum pelancaran rasmi berlangsung. Terkini, butiran mengenai cip pemprosesan telah dikongsi.

Ia menunjukkan OnePlus 10R 5G akan menggunakan cip MediaTek Dimensity 8100-Max. Buat masa ini, OnePlus belum mendedahkan perbezaan diantara varian Max dan bukan Max. Tetapi bagi mengulas sedikit mengenai Dimensity 8100, ia merupakan cip lapan teras dengan binaan 5nm dan GPU Mali-G610 MC6. Ini juga adalah cip yang sama digunakan pada Realme GT Neo3 sebelum ini.

Di samping itu, OnePlus 10R 5G turut disahkan hadir dengan bateri bersama pengecasan pantas 150W. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai peranti ini , sama-sama kita nantikan perkembangannya dari masa ke semasa.

Komen