Cabaran dalam pengeluaran telefon pintar menyebabkan Huawei mengeluarkan kereta elektrik mereka sendiri di bawah sub jenama Aito. Dengan kejayaan Aito M5 yang dilancarkan pada bulan Mac lalu, kini mereka akan melancarkan sebuah lagi kereta elektrik baharu menggunakan nama Aito M7.

Ia masih lagi sebuah kenderaan hibrid dengan enjin petrol 1.5L yang membekalkan kuasa kepada motor 272 HP dan juga pek bateri elektrik. Rekaan adalah mirip dengan M5 tetapi M7 adalah sedikit lebih panjang dan tinggi. Tiada maklumat bilakah M7 akan dilancarkan tetapi dengan M5 baru sahaja memasuki pasaran, SUV hibrid ini mungkin dilancarkan menjelang penghujung 2022.

Apabila dilancarkan kelak, ia akan menjadi kereta elektrik ketiga menggunakan teknologi Huawei selepas mula menawarkan kereta elektrik Seres SF5 pada April tahun lalu.