Carian
McDelivery Detector Menghantar Saranan Memesan McDonald’s Jika Mengesan Makanan Terbakar Di Dapur
April 18, 2022 Effi Saharudin

Sepanjang bulan Ramadan tahun ini kami membeli makanan luar sahaja setiap hari kecuali hujung minggu kerana kurangnya tenaga untuk bertarung di dapur. Akibat kepenatan makanan yang dimasak kurang sedap atau lebih malang lagi terbakar kerana kelalaian diri. Di Belanda, McDonald’s menawarkan McDelivery Detector yang akan menghantar sarana kepada telefon pengguna untuk memesan McDonald’s jika mengesan makanan terbakar di dapur.

McDelivery Detector hanyalah sebuah pengesan asap biasa dengan ciri menghantar mesej kepada telefon. Ia adalah gimik bagi mempromosikan perkhidmatan penghantaran makanan McD di negara tersebut. Walaupun sekadar gimik, rekaan pengesan asap seakan burger Big Mac adalah unik serta menarik. Hanya sebilangan kecil McDelivery Detector dihasilkan dengan ia diberikan kepada peserta pertandingan yang menghantar gambar “kemalangan” di dapur paling teruk pernah mereka hadapi.

Komen