Cari @ Amanz

Setiap yang hidup akan merasai mati. Ini ialah hakikatnya menjadi manusia di muka bumi ciptaan Allah. Tetapi dalam karya fiksyen sains, terdapat banyak cerita bagaimana mereka yang enggan mati memuat naik diri mereka secara digital untuk hidup kekal abadi selepas tubuh tidak lagi bernyawa. Teknologi ini masih lagi fiksyen tetapi platform metamesta Somnium Space ingin menawarkan sesuatu yang hampir sama.

Somnium Space membenarkan pengguna memuat naik avatar dengan rupa, suara, dan personaliti mereka dengan kecerdasan buatan. Selepas meninggal dunia, avatar akan kekal hidup abadi dengan pengguna lain seperti ahli keluarga boleh berinteraksi dengan si mati versi metamesta.

CEO Somnium mendapat idea untuk menyertakan ciri ini selepas bapa beliau disahkan menghidap kanser. Beliau berhadapan dengan realiti anak beliau tidak akan dapat berinteraksi dengan datuk selepas meninggal dunia.

Untuk menghasilkan avatar pengganti diri yang realistik, maklumat peribadi diperlukan oleh itu kebenaran akan diminta terlebih dahulu. Pada peringkat awal hanya suara akan dirakam sebelum ciri lain seperti perwatakan, pergerakan, mimik muka dan banyak lagi. Pada peringkat awal perkhidmatan ini akan mengenakan bayaran $50 setahun.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd