Cari @ Amanz

Jika sebelum ini kita memperlihatkan isu bekalan cip semikonduktor seperti cip pemprosesan, memori dan storan menghadapi isu bekalan, isu terbesar yang menghadapi industri tersebut sekarang ialah bekalan untuk cip semikonduktor sampingan pula.

Semikonduktor sampingan, atau dikenali sebagai ancillary semiconductors ialah cip-cip yang secara lazimnya digunakan disamping cip pemprosesan, SoC dan cip pemprosesan grafik yang membolehkan cip-cip tersebut hadir dengan pelbagai fungsi lain.

Terkini, ia telah dilaporkan bahawa cip-cip sampingan ini hadir dengan masa menunggu enam bulan sebelum sebarang pesanan boleh dipenuhkan, dan perkara ini dilihat berlaku atas pelbagai faktor.

Jika sebelum ini bekalan cip semikonduktor tergendala akibat wabak COVID, isu terbaru ini disebabkan sejumlah faktor geo-politikal, termasuklah peperangan diantara Rusia dan Ukraine, gempa bumi 7.3 Richter yang melanda Jepun dan juga perintah tutup yang dikeluarkan oleh kerajaan China terhadap Shanghai dan juga sejumlah besar kota-kota di sekelilingnya.

Semikonduktor Cip

Pada separuh kedua 2020, ia dilihat bahawa masa menunggu untuk mendapatkan bekalan semikonduktor ini hanyalah 14 minggu, tetapi pergolakan global yang sedang berlaku kini menyebabkan masa menunggu tersebut meningkat ke 27 minggu pula ataupun sekitar enam bulan.

Walaupun begitu, perkara ini dilihat tidak akan memberikan begitu banyak kesan kepada syarikat-syarikat gergasi seperti Intel, Samsung, TSMC dan sebagainya, kerana bekalan semikonduktor sampingan untuk mereka sudahpun ditetapkan dengan bekalan jangka panjang.

Akan tetapi isu ini akan membelenggu pembuat-pembuat komponen elektronik yang lebih kecil kerana bekalan mereka secara lazimnya dibeli apabila ia diperlukan. Pembekal cip semikonduktor juga dilihat akan menjual bekalan komponen mereka pada harga lebih tinggi kerana permintaan yang dilihat semakin tinggi, dengan bekalan yang semakin berkurangan.

Walaupun begitu, satu kumpulan komponen semikonduktor yang agak penting, iaitu semikonduktor pasif yang terdiri daripada transistor, resistor dan kapasitor memperlihatkan masa pengeluaran yang sedikit rendah pada 25 minggu setakat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd