Ciri Suntingan Twitter Mungkin Akan Mengekalkan Sejarah Ciapan Yang Boleh Diakses

Diterbitkan pada Apr 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Twitter baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka sedang membangunkan fungsi suntingan (edit) pos yang membolehkan pengguna untuk mengubah pos mereka apabila membuat kesilapan ejaan ataupun untuk mengubah perkataan-perkataan tertentu.

Butiran mengenai fungsi tersebut belum diperlihatkan lagi, tetapi beberapa pembangun dan juga pereka UI telah memperlihatkan contoh, dan bagaimana fungsi suntingan ciapan akan berfungsi.

Jane Manchun Wong, seorang ahli teknologi yang cukup terkenal di Twitter mengatakan bahawa fungsi suntingan Twitter ini secara ringkasnya akan mencipta sebuah ciapan yang baru dan membuang ciapan yang lama kerana ID ciapan yang berbeza sebelum dan selepas ciapan.

Tetapi melalui ciapan baru tersebut, ia akan memperlihatkan ciapan-ciapan yang ditulis sebelum ini, dan ia boleh diakses secara terbuka untuk membolehkan orang ramai tahu apakah yang diubah pada ciapan tersebut.

Setakat ini ia tidak diketahui lagi sekiranya jumlah RT dan Like pada ciapan akan dipadamkan sekiranya fungsi ini digunakan.

Alessandro Paluzzi, seorang pereka antaramuka aplikasi juga memperlihatkan sedikit bagaimanakah fungsi suntingan ciapan tersebut akan diperlihatkan melalui Twitter Web.

Fungsi suntingan ciapan ini juga dikatakan akan diperkenalkan melalui langganan Twitter Blue terlebih dahulu. Samada ia akan diperkenalkan untuk pengguna tidak berbayar platform ini tidak diketahui lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami