Cari @ Amanz

Ini Adalah Rekaan Untuk Vivo S15e – Pelancaran Pada 25 April 2022

Link Copied!

Peranti di bawah siri Vivo S sering memberi fokus terhadap kebolehan fotografi yang baik. Melaluinya, pengguna boleh mendapat kebolehan sensor yang menarik di dalam tubuh peranti yang cantik. Terkini, siri tersebut bakal dikemaskini dengan model baharu menerusi Vivo S15e. Peranti dilihat telah tersenarai menerusi kedai atas talian rasmi Vivo. Beberapa butiran utama dan rekaan pada peranti turut didedahkan melaluinya.

Vivo S15e mempunyai panel hadapan sejenis bertakuk kecil dengan sensor swafoto 50MP. Saiz bezel kelihatan nipis pada bahagian sisi dan atas. Tetapi, ia masih menunjukkan kewujudan dagu yang agak besar. Bersama-samanya, sistem tri-kamera utama turut digunakan dan ditempatkan dalam dua bonggol yang berbeza. Salah satu daripadanya bersaiz besar, sementara dua lagi sensor kelihatan kecil.

Dalam pada itu, peranti juga bakal menyokong bateri 4,700mAh dengan pengecasan pantas 66W. Di samping itu, memori sebesar 12GB RAM dan storan dalaman 256GB turut dibekalkan pada peranti. Cip pemprosesan pula tidak didedahkan secara khusus. Namun, ia dikhabarkan hadir dengan cip yang berasaskan 5nm dengan binaan teras seumpama yang terdapat pada Vivo X70 Pro sebelum ini.

Tarikh pelancaran peranti telah dijadualkan berlangsung di China pada 25 April 2022. Seperti biasa, penawaran penuh peranti akan diketahui selepas ia dilancarkan secara rasminya kelak.


Komen ()