Cari @ Amanz

6 Fungsi Galaxy Experience Yang Hanya Ada Pada Siri Samsung Galaxy A Terbaru

Link Copied!

Apabila memilih telefon pintar, kita pastinya inginkan yang terbaik dan selain dari spesifikasi bersesuaian, fungsi atau kebolehan khas pastinya menjadi faktor pemilihan peranti. 

Bagi siri Samsung Galaxy A terbaharu, Samsung konsisten dalam memberikan pengalaman penggunaan yang menarik menerusi ‘Galaxy Experience’. Ia merupakan terma yang digunapakai yang ditawarkan pada peranti Samsung berspesifikasi tinggi, namun tetap ditawarkan kepada peranti kelas pertengahan. 

Berikut merupakan 6 manfaat utama yang ditawarkan menerusi Galaxy Experience pada siri Galaxy A terbaharu.

1. Single Take Memudahkan Rakaman Foto + Video Serentak

Salah satu fungsi fotografi yang sangat popular pada hampir kesemua peranti Samsung adalah fungsi rakaman Single Take. Fungsi ini membolehkan anda merakam detik terhebat selama 10 saat, dan akan menghasilkan gambar dan video. Malah dengan kecerdasan buatan ia mampu menghasilkan kesan khas, sekaligus memudahkan anda dalam merakam detik-detik penting dan berkongsi dengan pengguna lain.

2. Link to Windows Memudahkan Integrasi

Bagi pengguna Microsoft Windows, peranti Galaxy A anda dapat berintegrasi dan membolehkan multi-tugasan dilakukan. Selain dari beberapa fungsi seperti melihat notifikasi dan berkongsi fail, pengguna juga boleh menggunakan aplikasi Microsoft terus dari telefon, atau mengemaskini kalendar. 

3. App Continuity Membantu Pertukaran Peranti

Jika anda mempunyai lebih dari satu peranti Samsung, anda juga boleh terus menggunakan aplikasi dari satu peranti, dan kemudian terus melancarkannya pada peranti yang lain. Jadi anda boleh buka nota pada telefon Galaxy A, dan mengambil Tab S8 untuk melakukan perkara seterusnya. 

4. Buds Auto Switching Pintar Dalam Mengetahui Peranti Yang Sedang Aktif

Dan sekiranya anda mempunyai Galaxy Buds, ia juga boleh mengesan peranti Samsung yang sedang diaktifkan, kemudiannya memilih peranti tersebut sebagai sumber audio. Seperti contoh anda sedang menonton video menerusi Galaxy Tab menggunakan Galaxy Buds, apabila terdapat panggilan diterima pada Galaxy A anda, ia akan terus mengubah sumber audio tersebut secara automatik.

5. Bixby Routine Melengkapkan Automasi Aktiviti Sepanjang Hari

Dengan peranti pintar, ia membolehkan anda turut melakukan pelbagai perkara dengan lebih pintar. Malah integrasi rumah pintar juga boleh dilakukan menerusi Bixby Routine. Anda boleh menetapkan jika kepulangan anda dirumah dapat menghhidupkan cerek elektrik menggunakan IFTTT. 

6. Samsung Pay Memudahkan Pembayaran Nirtunai

Kenapa perlu bersusah-payah keluarkan dompet bagi melakukan pembayaran? Telefon pintar siri Samsung Galaxy A anda turut mempunyai fungsi yang biasanya wujud pada telefon pintar spesifikasi tertinggi. Anda boleh menggunakan Galaxy A anda bagi melakukan pembayaran. Dan ia tetap mempunyai tahap sekuriti tertinggi bagi melindungi setiap transaksi. 


Jelas sekali apabila memilih jenama Samsung, setiap pengalaman penggunaan yang memudahkan akan turut tersedia buat para pengguna. Fungsi inilah yang membezakan siri Galaxy A dengan peranti lain. 

Siri Samsung Galaxy A terdapat dalam tiga variasi, iaitu Galaxy A73 5G pada harga RM 2,099, Galaxy A53 5G pada harga RM 1,849, dan Galaxy A33 5G pada harga RM 1,499.

Khusus untuk Galaxy A53 5G, setiap pembelian untuknya akan menerima Protective Standing Cover yang bernilai RM 99. Tawaran sah sehingga 31 Mei 2022. Dan jika anda inginkan perlindungan yang lebih untuk peranti anda, diskaun 20% ditawarkan untuk pembelian pelan perlindungan Samsung Care+ Accidental & Liquid Breakage atau Breakdown Plan. Kedua-dua pelan perlindungan ini sah untuk 2 tahun.

Jika anda inginkan penjimatan, bawa bersama peranti lama anda untuk tukar beli peranti baharu dan menerima rebat sehingga RM 150 untuk nilai peranti lama tersebut. Dan khas buat pembaca Amanz, sekiranya anda menyertakan kod promosi [ AMZVIP ] anda akan menerima pengecas pantas 15W PD yang membolehkan anda mengecas peranti dengan lebih efisien, bernilai RM 89.

Anda boleh membeli peranti ini di pengedar rasmi Samsung berhampiran atau menerusi laman rasmi mereka.

Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia

Komen ()