Ada di antara kita yang ingin memiliki telefon pintar terkini namun bajetnya hanya terhad kepada beberapa julat harga sahaja. Oleh sebab itu, wujudnya peranti kelas pertengahan yang sering ditawarkan pada harga yang lebih mampu milik. Kini sudah banyak telefon daripada kelas ini ditawarkan di pasaran, dan realme adalah salah satunya. Malah mereka baru sahaja melancarkan realme 9 untuk pasaran Malaysia dan ini adalah antara keistimewaannya.
Sokongan Kamera 108MP ProLight Dengan Sensor HM6
realme 9 kali ini dilengkapi dengan sistem tri-kamera utama yang menawarkan lensa 108MP dengan sensor imej Samsung ISOCELL HM6, 8MP untuk lensa sudut lebar dan juga lensa 2MP untuk penggambaran makro 4cm. Menurut realme, kualiti gambar yang dihasilkan oleh peranti ini dibantu oleh teknologi 9 dalam 1 Nanopixel Plus yang terkini.
Jika dibandingkan dengan teknologi HM2 sebelum ini, teknologi ini dikatakan dapat menghasilkan penggambaran malam yang lebih baik, menyerlah dan mampu untuk mengawal kadar hingar yang sering ada pada penggambaran malam. Disebabkan algoritma pada teknologi baru HM6 ini jugalah ia mampu untuk menghasilkan penggambaran malam 1.6 kali lebih baik daripada HM2.
Bukan sekadar itu, realme juga mengatakan teknologi HM6 ini mampu untuk memfokuskan subjek di dalam gambar 9 kali lebih tepat berbanding HM2 dan juga berupaya untuk menghasilkan rakaman zum yang lebih terperinci dengan kawalan zon fokus secara manual. Kedua-dua ciri ini membolehkan anda untuk menghasilkan rakaman yang lebih jelas dan jitu dengan hanya menggunakan realme 9.
Skrin AMOLED Yang Menyokong Kadar Segar Semula 90Hz
Kualiti skrin juga memainkan peranan yang penting untuk kita kerana ia akan menentukan pengalaman penggunaan peranti ini sama ada baik atau tidak memandangkan kita akan menggunakan skrinnya setiap masa. realme 9 ini dibina dengan rekaan skrin bersaiz 6.4 inci Super AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz serta kadar sentuhan 360Hz.
Kadar segar semula dan kadar sentuhan ini sudah memadai untuk sebuah telefon pintar kelas pertengahan dan anda juga boleh menatal skrin untuk melayari internet, bermain permua dan juga menonton tayangan video dengan lebih lancar dan selesa. Selain itu, nisbah skrin ke badannya pula adalah sehingga 90.8% beresolusi FHD+ yang mempunyai ketahanan skrin yang baik oleh kerana sokongan daripada Gorilla Glass 5.
Fungsi Pengimbas Cap Jari Di Dalam Skrin
Kini, fungsi pengimbas cap jari merupakan satu fungsi yang perlu ada pada setiap peranti pintar. Fungsi ini merupakan ciri yang sudah menjadi piawaian asas bagi mana-mana peranti pintar zaman sekarang. Jika dahulu terdapat satu butang khas untuk membuat pengimbasan cap jari, kini setelah menjalani pelbagai jenis inovasi dan perubahan teknologi, fungsi ini sudahpun dibina di belakang kaca skrin.
Bagi realme, mereka mengatakan bahawa fungsi ini membolehkan anda untuk nyah-kuncikan peranti dengan lebih cepat untuk mengakses realme 9 mereka. Fungsi ini juga memberikan keselamatan yang lebih ketat memandangkan hanya cap jari yang ditetapkan sahaja yang boleh mengakses kandungan peranti.
Membawakan Rekaan Menarik Ripple Holographic
Menurut realme, rekaan realme 9 mereka ini diinspirasikan oleh cahaya dari padang pasir. Jika digerak-gerakkan telefon pintar ini dibawah cahaya, anda akan dapat lihat kerangka belakangnya seolah-olah menunjukkan corak 3D dinamik seumpama timbunan pasir yang dikenali sebagai Ripple Holographic.
realme 9 ini juga membawakan rekaan yang praktikal untuk dibawa kemana-mana dan selesa untuk diselitkan kedalam poket. Ini kerana ketebalannya hanyalah 7.99mm sahaja dan hanya seringan 178g. Sedap dipegang, ringan dibawa.
Cip Pemprosesan Snapdragon 680 6nm
Menurut realme, mereka menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 680 ini pada peranti realme 9 kerana mereka percaya bahawa cip 6nm ini adalah cip pemprosesan 4G daripada Qualcomm yang terbaik untuk kelasnya. Jadi dengan menyertakan cip pemprosesan ini pada peranti kelas pertengahan mereka yang terbaru ini, pengguna dapat merasai prestasi yang baik untuk kelasnya seperti dapat mengurangkan penggunaan kuasa sehingga 30% lebih baik dari cip Helio G96.
Kesimpulan
Jadi itu adalah sedikit sebanyak berkenaan kelebihan telefon pinntar realme 9 yang terbaru ini. Selain kamera, skrin, fungsi keselamatan dan cip pemprosesan yang digunakan, realme 9 ini juga ditawarkan dengan kapasiti bateri 5000mAh yang boleh dicas menggunakan pengecasan 33W.
Harga pasarannya adalah bermula RM899 untuk pasaran Malaysia dan ia ditawarkan dengan 2 variasi storan iaitu sehingga 8GB+128GB. Dari segi penawaran warna pula, anda boleh memilikinya dengan warna Stargaze White, Meteor Black atau juga Sunburst Gold. Penawaran sebegini memang sesuai untuk anda yang sedang mencari telefon pintar bawah RM1000. Malah, mereka juga menawarkan harga promosi untuknya bermula 22 April ini. Melaluinya, anda boleh mendapatkan telefon pintar ini pada harga yang lebih rendah iaitu RM829. Oleh itu jangan lepaskan peluang ini untuk membeli realme 9 terbaru melalui pengedar-pengedar rasmi realme di seluruh Malaysia.
- Beli :
- Beli :
Penafian : Advertorial daripada realme Malaysia