Carian
Rekaan Xiaomi Civi 1S Diperlihatkan Melalui Poster Dan Video Promosi Rasmi
April 18, 2022 Amy Maizuraa

Xiaomi Civi boleh dikatakan siri yang agak baharu dan ia memberi fokus terhadap gaya hidup. Hal ini boleh dilihat dengan jelas menerusi model terdahulu yang lengkap dengan rekaan serba nipis, di samping kamera swafoto yang menarik. Tradisi ini nampaknya bakal diteruskan lagi dengan penawaran model baharu menerusi Xiaomi Civi 1S pula.

Peranti bakal hadir dengan padanan yang ideal menerusi tubuh nipis bersama kemasan berkonsepkan moden. Bersama-sama dengannya, ia menggunakan sistem tri-kamera yang diletakkan dalam sebuah modul kamera berbentuk segi empat. Ia disusun dalam bentuk segi tiga dan salah satu daripada sensor adalah bersaiz besar.

Tiada maklumat lanjut mengenai spesifikasi yang dikongsi buat masa ini. Namun, peranti dijangka didatangkan dengan beberapa peningkatan lebih baik. Antaranya seperti kamera dengan peningkatakan algoritma kecantikan lebih baik. Seterusnya, ia juga besar kemungkinan menggunakan cip Snapdragon 778G+, di samping bateri dengan pengecasan pantas 67W. Xiaomi Civi 1S bakal dilancarkan secara rasminya di China pada 21 April 2022.

Komen