Cari @ Amanz

Realme Q5i Kini Rasmi – Dijana Dimensity 810, Kamera 13MP, Bateri 5000mAh

Link Copied!

Peranti Realme di bawah siri Q telah dikemaskini dengan penawaran baharu. Melaluinya, Realme Q5i telah dilancarkan, sementara itu pelancaran untuk Realme Q5 pula berlangsung pada 20 April 2022. Bercakap mengenai Realme Q5i, ia merupakan sebuah peranti 5G dengan cip MediaTek Dimensity 810.

Ia juga menampilkan rekaan sisi tubuh rata dan berkotak. Melaluinya, skrin sebesar 6.58-inci digunakan dengan panel sejenis IPS LCD yang menyokong kadar segar semula 90Hz. Ia turut dipadankan dengan memori sehingga 6GB RAM, storan dalaman 128GB RAM dan bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 33W.

Tetapan kamera utama terdiri dengan 13MP + 2MP, sementara itu kamera hadapan pula sebesar 8MP. Lain-lain spesifikasi yang menyokong seperti pengimbas cap jari sisi, menjalan Realme UI 3.0 dan sebagainya. Untuk harga, Realme Q5i dijual pada RMB1199 (4GB/128GB) (~RM800) dan RMB1299 (6GB/128GB) (~RM868).


Komen ()