Cari @ Amanz

Di pejabat kami kerap perlu meminjam pembaca kad SD dan CFexpress kerana ia tidak disertakan pada MacBook Air yang digunakan. Ia membuang masa dan oleh sebab itulah pada MacBook Pro baharu Apple mengembalikan semula pembaca kad pada sisi komputer. Tetapi X-Driver, sebuah kad CFexpress Type-B telah dihasilkan untuk menyelesaikan masalah tiada pembaca kad pada komputer.

Ia mempunyai kepada USB-C terbina pada kad. Apabila diperlukan kepala boleh dikeluarkan dan sambungan terus pada port USB-C komputer atau telefon pintar boleh dilakukan untuk pemindahan data secara terus. Setiap kad mempunyai kelajuan membaca 1,700 MB/s. Pengeluar X-Driver akan mengeluarkan kad dengan kapasiti 128GB, 256GB, dan 512GB.

X-Driver sedang mengumpul dana menerusi laman biayasama IndieGoGo dengan kad boleh dibeli pada harga bermula $162 (~RM689) untuk storan 128GB.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd