Microsoft Akan Tamatkan Sokongan Office 2013 Pada Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Apr 19, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Office 2013 merupakan salah satu perisian pejabat daripada Microsoft yang digunakan meluas oleh ramai pengguna. Apa pun, dengan pelbagai versi baharu Office ditawarkan, termasuk Office 365, kini Microsoft mengingatkan pengguna dimana sokongan untuknya akan ditamatkan pada April 2023 kelak.

Office 2013 sedia menerima sokongan selama lima tahun, dan ditambah dengan sokongan lanjutan selama lima tahun – menjadikan ia menerima sokongan selama 10 tahun secara keseluruhan sejak dilancarkan.

Selepas sokongan ditamatkan pada April 2023 hadapan, tiada sebarang kemaaskini sekuriti akan ditawarkan. Namun, pengguna sedia ada masih boleh menggunakannya seperti biasa – tetapi tidak digalakkan.

komen


© Amanz / 2022 Kami