Cari @ Amanz

Samsung Galaxy Z Flip3 Edisi Pokemon Bakal Diperkenalkan Tidak Lama Lagi

Oleh Aman

Link Copied!

Samsung kini sedia menerbitkan sebuah halaman khusus untuk pengguna di Koree Selatan, dan mengacah pengenalan telefon boleh-lipat Galaxy Z Flip3, edisi Pokemon.

Melalui gambar yang diperlihatkan, ia menunjukkan Samsung akan menyertakan beberapa aksesori khusus bertemakan Pokemon, termasuk kerangka pelindung, sebuah Pokemon Pouch, dan beberapa aksesori tambahan lain. 

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada telefon Galaxy Z Flip3 akan hadir dalam pilihan warna dan rekaan khas – atau sekadar penawaran aksesori tambahan sahaja.

Samsung dijangka memperkenalkan ia secara rasminya dalam masa sekitar lima hari lagi, tetapi masih terhad untuk pasaran Korea Selatan sahaja buat masa ini.


Komen ()