Poco Sedang Membangunkan Telefon Bajet Menggunakan MIUI Go, Cip Pengeluar Tidak Dikenali

Diterbitkan pada Apr 19, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Poco pada hari ini sedia mempunyai beberapa siri peranti dibawah penawaran, dan kini dilihat sedang menyiapkan diri untuk memperkenalkan peranti baharu dibawah siri C.

Dikenali sebagai Poco C40, ia dilihat telefon berspesifikasi asas ini akan membawa beberapa perubahan berbanding bagaimana Poco perkenalkan peranti sebelum ini.

Poco C40 dijangka akan hadir dengan spesifikasi asas, dan menjalankan sistem operasi MIUI Go – variasi Android Go untuk telefon berspesifikasi rendah.

Pada masa yang sama, Poco C40 juga dilihat mungkin dijana sebuah cip pemprosesan daripada pengeluar yang kurang dikenali, dengan nama cipset JR510. Ini merupakan cip baharu yang bukan dikeluarkan oleh Qualcomm, Mediatek mahupun Unisoc. Syarikat disebaliknya dikenali sebagai JLQ, dan spekulasi memperlihatkan ia mungkin mempunyai kaitan dengan Qualcomm, tetapi menyasarkan pengeluaran cip berspesifikasi rendah.

Dengan kedua-dua perkara baharu ini, semestinya kini ia menjadi tanda tanya bagaimanakah telefon baharu ini akan beroperasi, dan pasaran yang disasarkan oleh jenama yang dikenali dengan fokus terhadap prestasi.

Sumber : XDA

komen


© Amanz / 2022 Kami