Cari @ Amanz

Ops Hari Raya : 5 Kesalahan Trafik Tidak Akan Dikompaun – Perlu Selesai Di Mahkamah

Oleh Aman

Link Copied!

Dengan musim perayaan menjelang tiba, kini kerajaan telah mengumumkan Operasi Bersepadu bersempena Hari Raya Aidilfitri atau Ops Hari Raya bermula daripada 29 April sehingga 8 Mei kelak.

Dalam terus memastikan keselamatan jalan raya terjamin, sebanyak lima kesalahan lalulintas yang dilakukan sepanjang tempoh ini tidak dibenarkan untuk dikompaun, sebaliknya akan perlu diselesaikan di mahkamah.

Kesalahan berkenaan adalah termasuk memandu melebihi had laju, gagal patuhi lampu isyarat, memandu di lorong kecemasan, menggunakan telefon ketika memandu, dan juga memotong barisan.

Kesalahan ini yang dilakukan pada tempoh berkenaan akan memerlukan pemandu berkaitan hadir ke mahkamah untuk menyelesaikannya dan bukan sekadar membayar kompaun sahaja.

Sumber : Nextrift

Komen ()