Dahulu, acara maratonton (binge-watch) adalah sedikit sukar kerana kita perlu bergantung kepada jadual yang telah ditetapkan oleh setiap syarikat televisyen atau kita perlu maratonton filem kegemaran kita melalui CD atau juga pita video VHS. Pita ini banyak kekurangannya. Seperti tiada butang menu interaktif, video berkualiti rendah, besar dan berpotensi untuk rosak.

Bergerak ke dunia yang serba canggih sekarang, pita video VHS ini sudahpun menjadi barang lagenda kepada kita semua kerana kini rata-rata diantara kita melakukan acara maratonton video menggunakan servis penstriman yang sedia ada dan tidak lagi menggunakan pita video VHS. Astro adalah antara syarikat televisyen yang telah berganding bahu bersama beberapa syarikat penstriman dominan di Malaysia untuk memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan-pelanggan mereka.
Dengan melanggan Astro, anda kini boleh menonton rancangan kegemaran anda pada bila-bila masa dan dimana jua anda berada. Terdapat banyak fungsi yang ditawarkan jika anda melanggannya. Seperti Cloud Recording yang boleh memuatkan video berdurasi 200 jam lamanya, rakam dan tonton semula tayangan video dan banyak lagi.

Terdapat pelbagai jenis pakej yang boleh ditawarkan dan perkara ini memberikan fleksibiliti kepada orang ramai untuk memilih pakej yang sesuai dengan citarasa mahupun bajet kita. Tidak kurang dari 9 jenis pek kini ditawarkan dan walaupun penawaran aneka pilihan ini adalah sesuatu yang baik, ia juga boleh memeningkan jika anda adalah pelanggan baru atau tidak biasa dalam membuat pilihan pakej Astro ini. Jadi, di sini kami akan membantu untuk memudahkan anda membuat pilihan yang terbaik.
Secara umumnya, untuk memilih pakej mana yang terbaik adalah bergantung kepada minat anda. Jika anda sering sibuk dan jarang menonton televisyen, anda boleh memilih Primary Pack atau juga Sports Pack kalau gemar menonton bola. Namun, jika anda mempunyai anak kecil dan sering menonton drama Korea, boleh memilih mana-mana pakej yang menawarkan saluran untuk kanak-kanak dan drama Korea seperti Entertainment Pack, Entertainment Plus Pack dan Premium Pack 3. Namun sekiranya anda minat dengan rancangan sukan dan mempunyai isteri yang gemar menonton Korea serta anak kecil, boleh memilih Premium Pack 2 dan juga Platinum Pack.

Untuk anda yang gemar menstrim dan maratonton filem, kami syorkan untuk anda melanggan Movies Pack, Entertainment Plus Pack, Premium Pack 1, Premium Pack 2, Premium Pack 3, dan juga Platinum Pack. Hal ini kerana Astro menyediakan pelbagai laman penstriman seperti Astro GO, Disney+ Hotstar, HBO GO dan juga Netflix.
Malah, ada berita baik juga untuk anda. Astro kini hadir dengan promosi dimana anda boleh dapatkan langganan percuma selama 30 hari atau 60 hari. Jadi untuk memudahkan proses pemilihan pakej, kami akan bahagikan pek yang Astro tawarkan mengikut promosi tersebut.

Pakej-pakej diatas ini membolehkan anda untuk berjimat sehingga RM155, kerana Astro menawarkan 30 hari percuma untuk jenis pakej yang anda langgan. Manakala, jika anda melanggan beberapa pakej dibawah ini pula, anda berpeluang untuk berjimat lebih kurang RM400 kerana Astro memberikan langganan percuma selama 60 hari untuk pakej dibawah.

Kini anda juga tidak perlu risau tentang kos pemasangan Astro kerana bagi setiap langganan, anda akan menerima Astro Ultra Box dengan kualiti paparan sehingga 4K UHD secara percuma, kecuali jika anda melanggan pakej asas mereka, iaitu Primary Pack. Untuk pakej asas ini, anda akan menerima Astro Ulti Box secara percuma. Dengan penawaran percuma ini, anda boleh membuat pemasanganya sendiri dengan mudah. Manakala jika anda memilih untuk melanggan pakej Sports Pack atau Platinum Pack pula, anda layak untuk menerima langganan percuma selama 60 hari yang bernilai RM179.98 sehingga RM389.98.
Dengan melanggan pakej daripada Astro ini, bukankah lebih senang untuk kita menstrim filem-filem untuk mengisi masa lapang kita? Kini tidak perlu lagi membuat langganan berasingan bagi setiap platform penstriman. Hanya langgan pakej yang ditawarkan oleh Astro dan anda boleh menikmati pelbagai jenis platform penstriman. Melalui promosi ini, ternyatalah bahawa Astro mendengar permintaan pelanggan-pelanggan mereka dan memenuhinya dengan solusi yang lebih fleksibel untuk orang ramai menikmati lebih banyak pilihan rancangan.
Bukan sekadar itu sahaja, anda juga berpeluang untuk memenangi YAMAHA YZF-R25 jika melanggan pakej Sports Pack. Ini menjadikan langganan anda lebih berbaloi kerana anda bukan sekadar dapat melanggan pakej ini selama dua bulan percuma, malah juga dapat memenangi motor daripada YAMAHA.
Bagi membolehkan anda untuk memenanginya, anda perlu melanggan mana-mana pakej yang mempunyai Sports Pack, seperti Primary with Sports, Premium Pack 1 = Sports + Movies, Premium Pack 2 = Sports + Entertainment Plus atau Platinum Pack. Hanya tekan “GET IT NOW” kemudian “NEW TO ASTRO” jika anda adalah pelanggan pertama dan tunggu langganan anda aktif untuk menyertai pertandingan ini secara automatik. Jadi tunggu apa lagi? Langgan Astro sekarang untuk memenangi motor YAMAHA dan nikmati langganan 2 bulan percuma!
Penafian : Advertorial Daripada Astro