Cari @ Amanz

Saintis MIT Hadir Dengan Oreometer – Mesin Memisahkan Biskut Oreo Dengan Sempurna

Link Copied!

Reologi adalah kajian berkaitan dengan bahan bukan pepejal seperti cecair. Ia biasa digunakan untuk mendapatkan data saintifik mengenai makanan seperti kebolehtuangan atau rasa pada mulut. Oreologi atau nama sebenar Orelogy pula adalah kajian saintifik terhadap biskut Oreo yang dilakukan oleh saintis daripada MIT.

Mereka telah mencipta sebuah mesin yang digelar Oreometer untuk menjadi kaedah paling optimal membahagikan biskut Oreo kepada dua bahagian tanpa krim pada satu bahagian meninggalkan sisa pada satu bahagian lagi. Dalam kes kajian ini, konsep reologi digunakan bagi mengkaji bagaimana jirim (iaitu krim biskut) bertindak. Krim biskut ini dikira sebagai pepejal lembut kerana ianya lembik dan tidak keras.

Krim pada Oreo ini juga merupakan bahan yang ada takat luluh tekanan cecair sama seperti konkrit, lava dan doh biskut. Cuma untuk Oreo, titik tekanan bermula apabila tangan memisahkan biskut atau apabila ia tiba ke gigi untuk makan.

Saintis ini mendapati kaedah paling cermat adalah dengan pusing dan tarik biskut untuk hasil yang bersih dan kemas. Dengan itu, mesin Oreometer ini perlu dimasukkan di dalam di antara satu kapit yang ada getah untuk mengubah tork pada setiap biskut. Selepas mesin di pasang, ada satu tiub di sisi perlu dimuatkan syiling sebagai pemberat untuk memisahkan biskut.

Hasil kajian saintis ini mendapati, kaedah mereka membolehkan biskut pada Oreo dipisahkan dengan baik sekali tanpa ada sisi krim pada satu biskut pertama dan krim hanya kekal pada biskut kedua. Mesin Oreometer ini turut boleh digunakan pada pelbagai jenis Oreo dengan isi krim dua kali ganda seperti Double Stuf dengan hasil yang juga bersih dan kemas.

Rekaan mesin ini diterbit sebagai rekaan sumber terbuka dan sesiapa bebas menggunakan mesin ini jika berminat untuk memisahkan Oreo dalam keadaan yang paling sempurna.


Komen ()