Samsung Akan Menggunakan Teknologi Bateri Kereta Elektrik Pada Peranti Pintar Mereka

Diterbitkan pada Apr 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Teknologi bateri semakin berkembang kerana keperluan yang tinggi dari industri automotif. Hasilknya ialah bateri dengan kapasiti lebih tinggi, lebih kecil dan mengecas dengan lebih pantas. Samsung adalah antara syarikat yang giat membangunkan teknologi bateri kereta mereka dan menurut The Elec pagi ini teknologi yang sama akan turut digunakan pada peranti pintar mereka.

Samsung SDI membangunkan teknologi bateri yang berlapis. Ia menggantikan teknologi peranti yang digulung dan jeli sebelum ini. Menerusi teknologi ini bateri yang lebih padat dapat dihasilkan sekaligus membuatkan bateri dengan kapasiti lebih tinggi pada saiz yang sama dapat dihasilkan. Ia juga mengurangkan masalah bateri yang kembung selepas tempoh tertentu. Bateri dipercayai akan dikeluarkan di kilang mereka di China. Sekiranya benar bateri dengan kapasiti yang lebih tinggi pada telefon pintar akan menjadi kenyataan.

komen


© Amanz / 2022 Kami