Cari @ Amanz

Ciri Nearby Share dari Google memudahkan perkongsian fail ke peranti milik rakan atau saudara marak. Klik imej, tekan ikon dan cari peranti yang ingin fail dihantar dari senarai yang terpapar pada skrin. Tetapi kadang kala anda mahu menghantar fail ke peranti milik sendiri dan Google sedang bersedia memperkenalkan ciri baharu yang memudahkan lagi proses.

Mishaal Rahman berkongsi menerusi ciapan beliau tangkapan layar untuk ciri Nearby Share tetapi dengan pilihan menghantar ke Your devices. Dengan ciri ini, Nearby Share akan mencari peranti yang menggunakan akaun Google yang sama dan oleh itu pastinya milik anda.

Pada waktu ini ciri ditemukan pada versi terkini Google Play Service untuk peranti Android tetapi masih belum diaktifkan. Besar kemungkinan ia akan turut disokong pada peranti Chromebook. Dengan Google I/O berlangsung bulan depan, tidak mengejutkan jika ciri ini diumumkan pada acara tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd