Cari @ Amanz

Eksorangka Atalante X Membolehkan Individu Lumpuh Kembali Berjalan

Link Copied!

Dalam filem Avengers, Colonel James Rhodes lumpuh selepas terhempas ditembak oleh Vision. Tony Stark membina eksorangka pada bahagian pinggang bagi membolehkan rakan beliau kembali berjalan. Karya fiksyen sains ini menjadi realiti menerusi AtalanteX , eksorangka yang dibangunkan oleh firma Wanderfraft dari Perancis.

Individu lumpuh memakai Atalante X dengan diikat pada bahagian dada, paha dan betis. Dengan bantuan 12 motor elektrik pergerakan pemakai akan dibantu bagi mengurangkan beban. Ia menggunakan sepenuhnya pek bateri yang boleh ditanggalkan untuk pengecasan lebih pantas serta boleh dikawal menggunakan aplikasi telefon pintar.

Atalante X kini sedang diuji di 10 pusat rehabilitasi dengan 286 pesakit sudah mencubanya bagi mengembalikan mobiliti atau membantu mereka belajar semula berjalan selepas kemalangan.


Komen ()