Cari @ Amanz

Siri OnePlus Nord adalah siri peranti kelas pertengahan yang agak popular. OnePlus turut menawarkan beberapa kategori daripada yang asas sehinggalah yang premium. Jika tahun lepas ada Nord N200 5G, tahun ini adalah peranti Nord N20 5G pula.

OnePlus telah pun mengumumkan peranti ini secara rasmi. Ia menggunakan skrin 6.43-inci AMOLED beresolusi FHD+ 1080 x 2400. Untuk cip pemprosesan ia menggunakan Snapdragon 695 yang dipadankan dengan memori 6GB RAM serta storan dalaman 128GB berserta slot kad mikroSD 512GB.

Kamera utama di belakang menggunakan konfigurasi 64+2+2 Megapixel dan kamera swafoto 16MP. Bateri peranti adalah 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W. Untuk perisian, OnePlus Nord N20 5G masih menjalankan Oxygen OS 11 berasaskan Android 11. Peranti ini juga mempunyai pengimbas cap jari bawah skrin dan menggunakan rekaan yang sedikit berbeza dengan kebanyakan peranti OnePlus, Oppo atau Realme.

Peranti ini hanya akan dijual di Amerika Syarikat dan Kanada setakat pengumuman ini. Harga jualan adalah $282 iaitu sekitar RM1206.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd