Cari @ Amanz

OnePlus Buds N Mungkin Dilengkapi Ketahanan Bateri Mencapai 30 Jam

Link Copied!

Selain daripada telefon pintar, OnePlus juga terkenal dengan penawaran aksesori audio. Melaluinya, pelbagai jenis bentuk aksesori audio yang telah diumumkan oleh mereka – sama ada berwayar, nirwayar dan neckband. Terbaharu, OnePlus Buds N bakal diperkenalkan sekaligus menjadi model kemas kini untuk segmen berkenaan.

Spesifikasinya turut tertiris menjelang pelancaran rasmi. Ia menunjukkan fon telinga dilengkapi pemandu audio 12.4mm, di samping penarafan kalis air IP55. Di samping itu, ia turut dibekalkan bateri 480mAh yang mampu menawarkan ketahanan mencapai 30 jam lamanya. Port USB-C turut disertakan bagi tujuan proses pengecasan semula.

Lain-lain spesifikasi yang menyokong termasuklah kebolehan Dolby Atmos, tambatan pantas menerusi bluetooth 5.2 dan sebagainya. Tidak habis di situ, ia juga bakal hadir dalam beberapa pilihan warna seperti Moonlight White dan Twillight Black. Bagi melihat sejauh mana kebenaran butiran yang dikongsi, nantikan pelancaran rasminya pada 21 April di China, sementara itu India pula pada 28 April hadapan.

Sumber : Gizmochina

Komen ()