KJ Gesa Rang Undang-Undang Larangan Merokok Terhadap Belia Diluluskan Pada Julai Ini

Diterbitkan pada Apr 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin kini sekali lagi menggesa agar rang undang-undang larangan merokok terhadap golongan belia diluluskan pada Julai ini.

Dengan langkah ini, mereka yang lahir selepas 2005 akan diharamkan daripada membeli sebarang produk rokok. Ia juga akan sekaligus menamatkan aktiviti merokok dalam kalangan generasi belia akan datang.

Larangan ini kelak dijangka akan turut meliputi produk rokok elektronik.

Rang undang-undang ini dijangka akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada sidang bulan Julai 2022 ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami