Samsung Kekal Jenama Telefon Nombor Satu Dunia Pada Suku Pertama 2022

Diterbitkan pada Apr 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Counterpoint Research kini berkongsi dapatan kajian awal mereka, mengatakan Samsung kekal sebagai jenama telefon pintar nombor satu di dunia – dengan pegangan sebanyak 20%.

Ini sekaligus memperlihatkan, satu daripada lima telefon pintar yang terjual pada tiga bulan pertama 2022 ini adalah jenama Samsung. Permintaan untuk siri Galaxy S22 juga dianggar tinggi berbanding siri Galaxy S21 sebelum ini.

Ditangga kedua adalah Apple dengan pegangan sebanyak 19% – sangat hampir dengan Samsung.

Xiaomi pula ditangga ketiga dengan pegangan sebanyak 12%.

Oppo dan Vivo masing-masing ditangga ke empat dan ke lima. CounterPoint turut menyertakan data jualan OnePlus dibawah kiraan Oppo.

Secara keseluruhan, kelima-lima jenama teratas ini memegang sebanyak 70% pasaran telefon dunia – sementara jenama-jenama lain bersaing untuk baki 30%.

komen


© Amanz / 2022 Kami