Samsung Mengacah Kehadiran Google Assistant Untuk Galaxy Watch4 Dalam Kemaskini Baharu

Diterbitkan pada Apr 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung Galaxy Watch4 adalah ham tangan pintar pertama yang menjalankan sistem operasi Wear OS 3.0. Ia bukannya Wear OS asli, tetapi telah diintegrasikan dengan One UI Watch daripada Samsung. Walaupun ia menarik untuk digunakan dan Wear OS 3.0 ini adalah apa pengguna Wear OS sedia ada mahukan, Galaxy Watch4 tidak menyokong Google Assistant.

Samsung telah menjanjikan ia akan tiba dalam kemaskini akan datang. Kemaskini baharu telah pun tiba baru-baru ini, Samsung ada mengacah kehadiran pembantu digital hebaty ini dan Verizon juga ada memberi tutorial (sudah dipadam) mengenai cara untuk mengaktifkannya. Namun, Google menyatakan Google Assistant untuk Galaxy Watch4 masih belum bersedia lagi dan ia tidak hadir pun dalam kemaskini terbaru ini.

Menurut Verizon, pengguna perlu memuat turun aplikasi Google Assistant dari gedung aplikasi. Kemudian pengguna perlu pergi ke Settings > Google > Assistant dan hidupkan “Hey Google” serta “speech output.”

Antara sebab yang boleh saya jangkakan kenapa Google tidak member kebenaran kepada Samsung dan Verizon untuk menawarkan Google Assistant ini adalah, mereka sedang membangunkan Google Assistant generasi baharu untuk Wear OS. Google juga tidak memberikan sebarang tarikh bilakah pembantu digital ini akan tiba pada jam Samsung ini. Namun saya jangka, ia adalah selepas Pixel Watch diperkenalkan bersama-sama dengan Wear OS 3.x baharu dan Google Assistant baharu.

komen


© Amanz / 2022 Kami