Cari @ Amanz

Zoom Dikemaskini Dengan Ciri Mengesan Gestur Ibu Jari Dan Mengangkat Tangan

Link Copied!

Kisah sudah di fasa pra-endemik dan sudah agak jarang menggunakan aplikasi untuk sesi media secara telesidang. Sungguhpun permintaan sudah berkurangan, Zoom masih meneruskan inovasi pada perisian telesidang mereka dengan memperkenalkan sokongan gestur.

Perisian desktop Zoom telah dikemaskini dengan kemampuan mengesan gestur pengguna mengangkat tangan atau menunjukkan ibu jari sebagai tanda bersetuju. Sebelum ini untuk mengangkat tangan misalnya, peserta sesi telesidang perlu menekan sebuah butang khas bagi mendapatkan perhatian hos. Ciri ini diberikan menerusi kemas kini versi  5.10.3. Sebelum ini ciri ini disokong pada aplikasi iPad dan iPhone sahaja.

Bagi pengguna di Asia Pasifik pula, peningkatan kualiti audio turut telah dilakukan bagi mengurangkan isu sela masa. Zoom Whiteboard turut telah diperkenalkan bagi memudahkan pengguna melakukan kolaborasi secara atas talian dalam aplikasi.


Komen ()