Cari @ Amanz

Memilih peranti pintar yang sepadan dengan keperluan adalah penting terutamanya bagi pengguna. Ia memandangkan setiap satu daripada produk menawarkan fungsi yang pelbagai bagi meletakkannya dalam kelas tersendiri. Ini termasuklah Samsung yang baru-baru ini hadir dengan beberapa penawaran baharu.

Melaluinya, Samsung Galaxy A33 5G, Samsung Galaxy A53 5G dan Samsung Galaxy A73 5G telah diperkenalkan secara rasmi. Selari dengan tagline Awesome is for everyone, ketiga-tiga peranti dilihat bersifat inklusif, seimbang dan menyeluruh serta merangkumi kepentingan semua lapisan pengguna. Ia juga dilengkapi material dan idea dekorasi ringkas yang mampu mencipta gaya minimalis moden dengan beberapa pilihan warna. Misalnya seperti Awesome Blue, Awesome White, Awesome Black dan Awesome Peach.


Sistem Kamera Mengagumkan

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kamera telefon pintar kini cukup baik dengan fungsi yang pelbagai. Ia bukan sahaja boleh berfungsi untuk mengambil gambar. Malahan, turut boleh digunakan untuk perkara lain. Sama seperti tetapan kamera pada siri baharu ini, ia dilengkapi empat sensor berbeza dalam satu tubuh. Ia merangkumi sensor 108MP + 12MP + 5MP + 5MP pada Samsung Galaxy A73 5G. Kemudian, 64MP + 12MP + 5MP + 5MP pada Samsung Galaxy A53 5G. Sementara itu, Samsung Galaxy A33 5G pula adalah 48MP + 8MP + 2MP + 5MP. Tidak cukup dengan itu, kesemua peranti turut dibekalkan dengan kebolehan sistem OIS. Melaluinya, tangkapan gambar memukau dan rakaman video yang stabil sudah semestinya dapat diambil dengan peranti-peranti ini.

Bukan itu sahaja, proses suntingan untuk menambah-baik hasil gambar juga tidak diperlukan. Sebaliknya, ia mampu untuk menyesuaikan setiap butiran mengikut keadaan semasa. Dengan ini, masalah kegagalan kamera mengambil gambar seperti diingini semestinya tidak berlaku dengan peranti-peranti Samsung ini. Pendek kata, anda sudah semestinya mampu berkarya seumpama seorang jurugambar profesional dengan sistem kamera yang hebat ini. Lebih menarik lagi, kehebatannya tidak hanya terhad pada kamera utama sahaja. Sebaliknya, tangkapan gambar swafoto yang menawan turut boleh dihasilkan menerusi kamera 32MP menerusi Samsung Galaxy A73 5G dan Samsung Galaxy A53 5G. Sementara itu, kamera swafoto pada model Samsung Galaxy A33 5G pula sebesar 16MP.

Tambahan pula, ketika ini kita sedang seronok meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan meriahnya. Antara aktiviti wajib ketika ini sudah tentulah bergambar bersama keluarga dan sanak saudara tersayang. Kata orang, gambar raya yang menarik perlu mempunyai kisahnya. Oleh itu, gunakan sahaja sistem kamera serba canggih pada barisan Galaxy A baharu bagi menghasilkan gambar yang cukup ceria dan sempurna. Pada masa sama, anda juga boleh gunakan pelbagai mod terbina untuk hasil gambar lebih unik. Bak kata orang putih, “Be Creative!


Skrin Hebat Dan Lancar

Kelebihan lain yang menarik perhatian adalah skrin yang hebat. Apakah maksud hebat di sini? Barisan peranti Samsung Galaxy A baharu ini menggunakan saiz skrin cukup baik kerana ia memberi manfaat untuk pelbagai aktiviti harian. Misalnya, skrin 6.4-inci pada Samsung Galaxy A33 5G dan 6.5-inci pula pada Samsung Galaxy A53 5G. Penggunaannya adalah mengikut saiz standard dan sesuai dengan kehendak pengguna yang sering mahukan sebuah peranti mudah untuk dikendali. Namun begitu, sekiranya anda dalam kelompok yang lebih menyukai peranti dengan paparan lebih besar. Mungkin anda berpendapat bahawa ianya lebih memudahkan pelbagai urusan. Maka, Samsung Galaxy A73 5G adalah peranti cukup sesuai untuk keadaan sedemikian menerusi skrin sebesar 6.7-inci.

Kehadiran sokongan kadar segar semula 120Hz dan 90Hz pada barisan peranti baharu ini turut dilihat saling melengkapi. Ia diumpamakan seperti satu padanan yang ideal. Anda juga tidak perlu risau mengenai keluasan skrin. Sebabnya, penggunaan paparan sejenis takuk kecil pada Samsung Galaxy A33 5G dan berlubang pula pada Samsung Galaxy A55 5G/ Samsung Galaxy A73 5G sangat membantu untuk pengalaman tontonan yang memuaskan. Ini termasuklah anda menggunakannya untuk menonton kandungan video, sesi pembelajaran mahupun bermain permainan mudah-alih. Pendek kata, ia sememangnya suatu penawaran yang cukup hebat untuk segmen peranti kelas pertengahan.

Apa? Anda mahu dapatkan Chicken Dinner dengan mudah? Boleh, tiada masalah. Kemudian, isu-isu seperti sukar melihat musuh pada jarak jauh dan tersorok di semak juga kini tiada lagi. Sebaliknya, anda boleh sahaja menumpaskan pihak lawan, seterusnya menaikkan ranking dengan mudah. Ini semua disebabkan kelebihan pada skrin yang hebat dan lancar pada barisan peranti Galaxy A baharu.


Bateri Dengan Ketahanan Mantap

Isu peranti yang kerap kehabisan bateri sudah semestinya boleh menyebabkan seseorang pengguna rasa kurang senang dengannya. Mungkin ada sesetengah pihak berpendapat masalah boleh diselesaikan dengan adanya bank kuasa. Tetapi, tidak semua yang selesa untuk membawanya ke mana-mana kerana saiznya yang besar dan berat. Disebabkan itu, anda perlu memilih barisan Samsung Galaxy A baharu sebagai peranti utama. Kemudian, kesemua permasalahan tadi boleh diselesaikan dengan sekelip mata. Bateri sebesar 5,000mAh dibekalkan untuk ketiga-tiga peranti.

Berdasarkan rekod, ia mampu untuk bertahan cukup lama. Jadinya, peranti tidak perlu di cas dengan kerap berulang-kali. Dekat sini, bolehlah anda memanfaatkan masa terluang bersama keluarga ketika raya dengan menonton pelbagai filem tanpa had. Kalau yang mungkin tidak dapat pulang beraya pula disebabkan urusan kerja, bateri 5,000mAh turut akan memudahkan lagi urusan anda. Mana tidaknya, anda boleh telefon keluarga dan sanak-saudara dengan sepuasnya. Kemudian, kalau kehabisan bateri pula, peranti boleh di cas semula menggunakan port sambungan USB-C dengan pengecas 25W.


Ciri Pelbagai Dalam Satu Tubuh

Kelebihan lain turut boleh dilihat menerusi beberapa ciri lain yang dimuatkan dalam satu tubuh peranti. Misalnya seperti sokongan piawaian kalis air IP67. Ini adalah salah satu ciri tambahan yang dikategorikan menarik. Tambahan pula, cuaca sekarang tidak menentu. Adakalanya hujan, kemudian kadang-kadang pula panas. Dengan adanya ciri berkenaan, telefon pintar akan lebih dilindungi. Seterusnya, barisan peranti Samsung Galaxy A juga dibekalkan dengan prestasi dan simpanan storan yang cukup baik. Ia menawarkan memori sebesar 8GB RAM dan storan dalaman mencapai 256GB.

Ini bukan sahaja bagi memastikan segala penggunaan pada peranti berfungsi dengan baik. Malahan, kapasiti storan yang besar turut sama memberi manfaat terhadap penggunaan yang berpanjangan. Anda juga tidak lagi berhadapan dengan dilema untuk memadam fail semata-mata untuk ruangan dokumen baharu. Sebaliknya, ia boleh disimpan sahaja semuanya. Bertambah seronoklah raya anda tahun ini, gambar raya juga semestinya pelbagai.

Seperkara lagi yang penting adalah pelindungan sekuriti. Barisan peranti Samsung Galaxy A baharu dimuatkan dengan Samsung KNOX yang menjanjikan pelindungan lebih baik, terutamanya hal yang berkait rapat dengan privasi pengguna. Tiada keperluan untuk pengaktifan secara manual kerana ia diaktifkan secara automatik sewaktu peranti dimulakan.


Bagi yang berminat, barisan peranti Samsung Galaxy A baharu ini sudah mula dijual di Malaysia. Ia boleh didapati pada harga RM1,499 (8GB/128GB) untuk Samsung Galaxy A33 5G. Kemudian, Samsung Galaxy A53 5G pula berharga RM1,849 (8GB/128GB) dan Samsung Galaxy A73 5G pula adalah RM2,099 dengan varian 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Terdapat beberapa saluran berbeza yang boleh anda akses seperti kedai atas talian rasmi Samsung atau pengedar sah mereka di seluruh Malaysia. Layari juga laman web rasmi Samsung Malaysia untuk ketahui lebih banyak promosi menarik.

Misalnya, pembelian untuk mana-mana peranti Galaxy A baharu yang dibuat sehingga 31 Mei 2022 akan melayakkan anda menerima sebilangan hadiah percuma yang menarik. Antaranya seperti Camera Filter Mount (bernilai RM169) untuk pembelian Samsung Galaxy A73 5G. Kemudian, pembelian untuk Samsung Galaxy A53 5G dan Galaxy A33 5G pula akan didatangkan dengan kerangka khusus yang mana masing masing bernilai RM99 dan RM59.

Penafian : Advertorial daripada Samsung Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd