AirYatch Merealisasikan Impian Kapal Belon Udara Final Fantasy IX

Diterbitkan pada Apr 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dalam dunia Final Fantasy IX, belon udara dengan bahagian bawah yang mirip kapal laut digunakan untuk mengembara ke seluruh pelosok Gaia. Tidak boleh dinafikan bahawa permainan video ini mempopularkan semula rekaan yang popular di penghujung kuran ke-19. Kapal belon udara ini kelak tidak akan lagi sekadar fantasi kerana sedang dibangunkan oleh firma AirYacht.

AirYacht ingin membina kapal layar mewah di laut yang kemudiannya boleh disambungkan kepada sebuah belon untuk melakukan perjalanan di udara pula. Bahagian kapal layar akan kemudiannya menjadi gondola di bahagian bawah untuk menempatkan sehingga 12 orang penumpang.

Bahagian belon adalah sepanjang 200 meter dengan bahagian kapal layar pula sepanjang 52 meter. Sistem tujahan elektrik akan digunakan dengan kelajuan maksimum mencecah 50 knot. Apabila tiba semula ke kawasan lautan, kabel akan menurunkan kapal ke permukaan laut.

AirYacht telah dibangunkan sejak 2017 dengan prototaip pertama akan cuba dilancarkan menjelang 2026. Tiada maklumat mengenai harga buat masa ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami