Cari @ Amanz

BSN Memperlihatkan Konsep Gelang Tangan Pintar Untuk Memudahkan Pembayaran Di Sekolah

Oleh Aman

Link Copied!

Bank Simpanan Nasional merupakan salah satu perbankan yang popular terutamanya dikalangan pelajar sekolah dan kakitangan kerajaan. Kini, dalam usaha memudahkan pelaksanaan pembayaran nirtunai di sekolah, pihak BSN memperlihatkan konsep penggunaan gelang tangan pintar oleh pelajar untuk tujuan pembayaran.

Gelang tangan pintar ini dipautkan kepada akaun BSN seseorang pelajar, dan beroperasi sebagai alternatif untuk kad debit.

Seseorang pelajar boleh memakai gelang tangan pintar berkenaan, dan hanya perlu menyentuh pada terminal ketika membayar di kantin, kedai buku sekolah dan sebagainya.

Untuk makluman, sebelum ini Touch n Go sedia memperkenalkan jam tangan pintar mereka, tetapi ia seperti tidak dipasarkan lagi buat masa ini.

Buat masa ini, gelang tangan pintar daripada BSN ini sekadar konsep awal sahaja. Tidak diketahui lagi sama ada ia akan dilaksanakan atau sebaliknya.


Komen ()