Huawei Nova Y70 Plus Hadir Dengan Bateri 6000mAh Dan Kamera 48MP

Diterbitkan pada Apr 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei kini hadir dengan sebuah lagi model baharu di bawah siri Nova. Melaluinya, Huawei Nova Y70 Plus diumumkan untuk pasaran Afrika Selatan. Tubuhnya dilengkapi panel belakang denga sistem tri-kamera, sementara itu skrin hadapan pula sejenis bertakuk kecil.

Untuk spesifikasi khusus, Huawei Nova Y70 Plus dilengkapi skrin sebesar 6.75-inci. Ia kemudiannya, dipadankan dengan memori sebesar 4GB RAM, storan dalaman mencapai 128GB dan menjalankan EMUI 12. Bateri pula sebesar 6000mAh dengan pengecasan 22.5W, kemudian tetapan kamera utama pula terdiri dengan 48MP + 5MP + 2MP.

Terdapat beberapa pilihan warna yang disediakan seperti Crystal Blue, Pearl White dan Mignight Black. Namun buat masa ini, peranti dilihat sekadar disenaraikan sahaja tanpa sebarang maklumat lanjut berkaitan harga yang ditemui.

komen


© Amanz / 2022 Kami