Realme Q5 Pro Kini Rasmi Dengan Snapdragon 870, Pengecasan Pantas 80W

Diterbitkan pada Apr 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Barisan peranti Realme sekali lagi dikemaskini dengan penawaran baharu. Melaluinya, Realme Q5 Pro diumumkan secara rasmi dengan rangkaian 5G terbina menerusi Snapdragon 870. Di samping, kebolehan bateri yang baik dengan pengecasan pantas 80W.

Untuk lebih khusus, Realme Q5 Pro menggunakan skrin sebesar 6.62-inci AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz. Paparannya turut menyokong resolusi FHD+ dengan nisbah skrin-ke-badan mencapai 92.6%. Seterusnya, ia juga dipadanakan dengan memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Sistem kamera terdiri dengan 64MP + 8MP + 2MP, sementara itu kamera hadapa pula sebesar 16MP. Tidak ketinggalan, bateri berkapasiti 5000mAh dengan pengecasan pantas 80W turut disokong oleh peranti. Lain-lain spesifikasi termasuklah port sambungan USB-C, menjalankan Realme UI3.0 berasaskan Android 12 dan sebagainya.

Untuk harga Realme Q5 Pro dijual pada RMB1899 (~RM1,265) (6GB/128GB) untuk pilihan berwarna hitam. Di samping itu, terdapat juga Realme Q5 Pro dengan kemasan tubuh bercorak dam yang berwarna kuning dan putih. Ia ditawarkan pada RMB2099 (~RM1,398) (8GB/128GB) dan RMB2299 (~RM1531)(8GB/256GB).

Sumber : Realme China

komen


© Amanz / 2022 Kami