Pagi tadi telah kami laporkan yang Vivo akan menggunakan cip ISP tersendiri Vivo V1+ pada peranti Vivo X80. Cip ini amat unik kerana boleh berjalan serentak dengan Snapdragon 8 Gen 1 dan Dimensity 9000.
Antara ciri cip ini adalah ia boleh mengambil gambar pada waktu malam walaupun dengan keterangan bawah 1 lux. Imej juga akan 16% lebih terang dan warna lebih tepat sebanyak 12% berbanding biasa.
Yogesh Brar antara peniris terkenal, baru-baru ini telah mendedahkan spesifikasi untuk Vivo X80 Pro. Peranti ini akan mempunyai skrin 6.78-inci AMOLED FHD+ dengan sokongan kadar segar semula tinggi 120Hz adaptif dan mempunyai pengimbas cap jari di bawahnya jenis ultrasonik. Peranti ini dijana dengan Dimensity 9000, memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman mencapai 256GB.

Kamera utama adalah 50+48+12+8 Megapixel dengan kamera swafoto 44MP. Sensor kamera turut akan mempunyai lensa Zeiss. Peranti juga akan menjalankan Android 12 dengan Funtouch OS 12, bateri peranti pula adalah 4700mAh dengan sokongan pengecasan pantas 80W. Di bawah skrin
Vivo dijangka akan hadir dengan X80, X80 Pro dan X80 Pro+. Cip pemprosesan pula dikatakan berbeza mengikut pasaran. Peranti ini akan dilancarkan pada 25 April nanti. Sama-sama kita nantikan.